Friday, April 4, 2008

Fadilat dan Manfaat Solat

Solat boleh dilakukan oleh semua orang. Amalan bersolat boleh memberikan kita manfaat senaman minda dan senaman jasmani selain daripada memberikan kita jiwa yang tenang. Pergerakan solat yang di lakukan berulangkali setiap hari mampu memberikan kesihatan kepada tubuh dan menghindar segala penyakit jasmani seperti lemah jantung, darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai lagi penyakit fizikal yang lain.

Berikut adalah di antara manfaat bersolat mengikut pergerakan solat tersebut.

Posisi pertama:
Berdiri lurus dan kedua dua tangan di angkat ke atas.
Faedah:
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan dikonsentrasikan. Pandangan mata ke tempat sujud.Otot ­otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

Posisi kedua:
Berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah
Faedah:
Menimbulkan konsentrasi minda.Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan , hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang, a, i, u, merangsangkan hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar 'pineal', 'pituitary', kelenjar adrenal, dan paru-paru, membersih dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tubuh tersebut.

Posisi ketiga:
Rukuk
Faedah:
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis.Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkankebaikan hati dan mengharmonikan batin.

Posisi keempat:
Iktidal - Berdiri lurus selepas rukuk
Faedah:
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembah ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.

Posisi kelima:
Sujud
Faedah:
Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan mengelakkan perut jadi buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) dan paru-paru.'Mental toxin' minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita yang hamil.Memperbetulkan kedudukan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi-sendi. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam ruh dan menimbul­kan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

Posisi keenam:
Duduk di antara dua sujud
Faedah:
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka.Posisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

Posisi ketujuh:
Sujud kedua
Faedah:
Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberi keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidanan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

Posisi kelapan:
Bangun semula dari sujud.
Faedah:
Darah kembali peredarannya ke tubuh atas.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar osisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah

Pendapat doktor perubatan
Doktor perubatan telah menerangkan manfaat posisi bersolat sebagai berikut :
Sujud fizikal menambah kekuatan aliran darah ke otak dan menggelakkan penyakit pening kepala,migraine dan menajamkan akal. Juga melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Selain dari itu juga menambahkan bahawa ia membantu....
1. Memudahkan wanita di dalam proses bersalin kelak
2. Merangsang payudara untuk menghasilkan susu untuk bayi
3. Mengurangkan kegemukan (obesiti)
4. Melegakan paru paru dan ketegangan saraf
5. Menggelakkan pendarahan otak
6. Melegakan sakit hernia
7. Membetulkan kedudukan buah pinggang
8. Melegakan sakit senggugut wanita
dan berbagai lagi manfaat kesihatan lain.

Yang penting bagi umat Islam...

Firman Allah SWT:

"Apakah sebab kami masuk neraka? Jawab mereka: kami tidak mengerjakan solat."(Surah Al Muddathir: 42-43)

Akhir kalam... sekadar manifestasi kembalinya aku ke alam siber. Untuk berkongsi apa yang ku rasa baik dan bermanfaat. Amiin...dan wassalam.

Wednesday, June 6, 2007

Aku Memang Rasis - Jatidiri Melayu Terhakis

Entah mengapa aku rasa begitu rasis sekali hari ini. Mungkin itu manifestasi sebenar darah yang mengalir dalam tubuhku berdasarkan kod-kod kromosom nusantara serta gugusan kepulauan Melayu yang percampuran darahnya tidak termasuk lain2 samada timur atau barat. Apa2pun ini adalah cetusan dari dalam diri sendiri untuk santapan dan ingatan diri sendiri tidak pula untuk mempengaruhi sesiapapun hatta sanak saudara sendiri sekalipun.

Aku merasa begitu cemburu sekali bilamana aku terasa terhina bagi pihak wanita Melayu nusantara seketurunan ibuku, isteriku, ibu ayahku, ibu nenekku yang tidak mendapat kecintaan seorang PM yang duda. Namun aku kena tahu bahawa dia memilih seketurunan ibunya serta serumpun arwah isterinya. Begitu juga beberapa minggu yang lalu seorang raja muda yang sedikit lebih tua juga memilih pasangan yang bukan jati nusantara malah ada juga raja muda yang bakal sultan juga bukan keturunan jati nusantara. Kalau ikut naluri rasis aku, aku hanya iktiraf PM ke2 Malaysia sebagai keturunan jati melayu nusantara.

Soal cinta ini memang subjektif sekali malah terlalu halus untuk dikupaskan. Selalunya kita sebut cinta hanya pada sesama manusia antara insan berlainan jantina atau cinta kepada Tuhan pemilik alam semesta seumpama Rabiatul Adawiyah, namun tidak pernah ada cinta kepada waris keturunannya diperungkapkan takut dilabelkan assobiyyah. Lebih baik assobiyyah atau assabiyyah daripada bersikap hipokrit mengaku hero sesuatu bangsa sedangkan tidak layak mewakil kaum itu berdasarkan roman muka dan warna kulit dan nasab keturunan ibu atau bapak dan bahasa (nota; semua "dan" bukan "atau" atau ","). Nama2 seperti Azeez atau Reezal atau Zambry atau Maidin atau XXX atau lain2 yang sewaktu dengannya yang tidak berkulit sawa matang rasanya bagai tidak begitu sesuai diwajahkan sebagai wakil nusantara kalu darah melayu tidak sampai seperlapan mengalir dalam tubuh. Namun begitu orang Melayu seperti aku yang beriya-iya mengaku melayu jati harus akur bahwa aku sebenarnya ketiadaan juara sebenar untuk menyayangi bangsaku. Cukuplah sekadar disayang sebagai adik atau anak angkat meskipun di bumi warisan nenek moyangku sendiri.

Akhir kata CSBA signoff untuk mengucapkan tahniah kepada PM sempena pemakluman calon isteri baru yang menepati telahan aku tentang ciri2 yang dicari. You're seeing yourself more than anyone else in life through the mirror hence your partner typically the reflective image of yourself.

Tuesday, March 27, 2007

Amerika Mengundang Kebencian

Aku bercadang untuk memulakan hari ini dengan penuh ceria namun aku telah direntap dengan satu persepsi negatif bilamana aku tertonton berita yang ke udara di RTM1 pagi ini. Berkaitan dengan sekatan ke atas Iran maksud aku. Terkadang aku pikir Amerika ini tak sudah2 cuba menakluk dunia atas kapasiti pembebasan. Peduli apa aku tentang kebebasan selagi tidak ada peperangan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda bernilai berbilion2. Amerika ni memang sah BABI yang besar, haram jadah sebab terus-terusan menginayai umat Islam. Pada saat ini aku mohon ke hadrat Allah swt semoga Amerika dimusnahkan dihancurkan seumpama padang jarak padang terkukur sepertimana umat terdahulu yang tercatat dalam al Quran. Kalau boleh seberapa segera... Aku pikir PBB pun tak diperlukan kerana ia wujud bukan untuk membela sesiapa melainkan main wayang.

Akhirkata CSBA signoff pagi ini dengan laknatlah Amerika dan konco2nya.

Sunday, February 25, 2007

Return of The Jedi

Aiseyman, hari ini terasa nak menulis balik selepas hampir sebulan menyepikan diri dari alam siber. Sebenarnya aku tulis ni untuk aku baca sendiri saja... macam online diary. Kat mana aku pi pun boleh baca meskipun aku tak bawa notebook. Bila sebut pasal notebook tiba2 aku teringat yang aku kena beli notebook baru kat Miza anak aku nombor dua... Lisa (No. 3) kat MRSM Transkrian dah mewarisi Fujitsu S6110 untuk pakai autocad untuk subjek rekacipta yang dia enrol untuk SPM tahun ni manakala kak Nani (No. 1) kat UPM tu dah pun sebat C2521. Kat rumah dah ada 3 desktop plus 1 Apple iMac yang aku bawa opis hari2. Pikir2kan balik banyak jugak aku perabihkan duit... Tak pe lah, janji hepi dah ler!

Tadi aku baru lepas main pool. Regu aku ngan Azwan telah menang rubber game mengatasi Dato' Nasir-Azhar team. So sweet... untuk lepaskan tension. End result 5-4. So this week banyak good news yang mengalirkan adrenalin aku dengan lebih sempurna. Aku punya favorite team Liverpool menang versus Barcelona begitu juga dengan Sheffield United. U lama aku Memphis now Top 7 ranking NCAA basketball in USA Div I manakala Findlay tempat aku buat English now No. 3 in Div II. Aku suka follow all these untuk menceriakan kehidupan. The only game that has not been able to revive my apetite ialah team bola Malaysia. Aku harap satu hari nanti kita haramkan saja orang main bola kat Malaysia ni. Sekupang pun tak guna.

Akhir kalam, CSBA signoff pagi ni dengan wassalam....

Thursday, January 25, 2007

Doing Good Things is Fun

Selepas solat subuh tadi, tetiba hati aku terdetik sekali lagi betapa indahnya dunia kalau semua manusia berebut-rebut melakukan kebaikan tak kira siang dan malam. Dalam pada itu kasih-sayang bertaburan di serata dunia dan seluruh pelusuk alam. Tidak ada perasaan dengki dan iri hati. Semua pemerintah dunia bekerja keras mencukupkan keperluan untuk semua penduduk dunia. Or tak perlu lagi pemerintah tetapi operasi dunia berjalan dengan sendiri di mana setiap seorang manusia tahu atas tugas dan tanggungjawabnya. World by itself only commanded by the Almighty.....

Dunia bergolak kerana ada manusia ingin memerintah dan mahukan dunia berjalan mengikut citarasanya serta para kroninya. Kalau manusia tahu hidup dunianya hanya sementara seperti melalui sebuah tingkap tentu dia tidak akan membuat onar. Kenapalah orang bodoh macam Bush tu beria-ia sangat jadi Presiden yang akhirnya senang dibentuk oleh manusia hipokrit sekelilingnya. Malang juga kalau ketua terlalu cerdik macam Saddam sebab kesudahannya tidak lagi ada manusia cerdik yang boleh ganti bila dia dah tak ada. Aku ingat lagi 2 atau 3 generasi lagi barulah Iraq akan menemui pemimpin baru yang mampu menyatukan Iraq.

Crossover... kena stop kat sini and CSBA sign-off with lagu "Imagine" dari Beatles....

Wednesday, January 24, 2007

Yang Tersurat dan Tersirat

Kekadang aku terasa amat jemu dan bosan berbicara tentang politik dan para pelakonnya baik dalam negara mahupun pada peringkat global. Ia adalah seumpama bolasepak Malaysia baik peringkat kebangsaan malah tahap negeri sekalipun. Aku memang sah nak termuntah meskipun sekadara dengar orang bercerita... kalu ada live pun aku dan tak teringin nak tonton walau tv terbuka depan mata. Dulu aku memang gila habis dari zaman Stadium Merdeka hingga last sekali masa Matlan Marjan jaringkan 2 gol lawan England yang ada Gary Lineker. Terus terang aku dah jemu malah aku dah tak ambil tahu nama players pun. Mungkin ini juga gara-gara politik.

Politik yang aku bincang di sini bukan saja bab2 politik kenegaraan tapi merangkum segala perilaku yang hanya tersirat dan tidak pernah terang2an tersurat. Aku benci kepada hipokrit, sumpama munafik. Lain dicakap lain dibuat. In short berlakon sepanjang masa.

Hari ini temanku banyak bercerita tentang pengalamnya selama 35 hari di kota2 suci Islam tempohari. Meskipun banyak content yang dikabarkan aku tertarik dengan narrasinya mengenai sikap orang Arab yang pada hemat beliau memandang rendah kepada warga nusantara lebih2 lagi kaum hawa yang bertelekung putih diberi layanan kelas ketiga di sudut masjid Nabawi. Kalau aku punya komen pertama mudah tentu sekali aku ucapkan padan muka pada bangsa Arab yang kena diperkotak-katik sekarang. Aku simpati atas dasar agama tapi aku benci atas dasar sombong, berasa terlalu baik dan perasan umat terpilih. Bagi aku simple saja, Allah milik semua... sebab Allah yang cipta segala2nya. So regardless Makkah and Madinah tu terletak atas bumi Arab, orang Arab dan warga Saudi tidak boleh perasan bahawa mereka itu terlalu dekat dan dicintai Allah. Aku benci hipokrit Arab sendiri berdasarkan pengalaman sendiri musim haji 2000/01 di Maktab 80 Makkah bilamana aku melihat sendiri budak Arab print out gambar bogel dan turun tangga. Aku nampak secara kebetulan bila menoleh semasa berselisih ketika menaiki tangga yang tersebut. Sedang kita sibuk mencari keredaan di situlah juga terdapat onar dan keji. Aku makin tidak pasti. Jadi good luck to muslims kalau harap bangsa Arab, selain Rasulullah dan khulafa Ar-Rasyidin. I bet you...never!!! Sebab sombongnya,

Di Malaysia tidak kurang juga sombongnya orang Politik. Bermuka2, bila nak pilihanraya lembut gusi dari lidah punyalah nak raih undi untuk sambung kontrak. Masa ada power punya ampu dan buat segala2 bagai tuan punya pemilik alam. Bila hilang kuasa perasan nak jadi hero. Kenapa tak jadi hero masa berkuasa? Ini termasuk lah orang2 yang pernah aku minati seperti Anwar & kroni, Tok Det, Ruhani (yang aku baca gerbang), Hasan Ali, and the list goes on. Why can't you be yourself siang, malam, pagi, petang.. anytime konsisten? Sebenarnya senarai muntah aku sangat panjang termasuklah teman2 lama aku yang dah jadi Exco di Perak dan Kedah. Yang aku masih respek mungkin Dillah Petra Jaya. Yang lain2 YB aku makan sebelah meja pun aku tak berasa nak tegur. Sebab with or without you the world still goes on as it is....

Anyway hari ini CSBA signoff dengan penuh kebosanan.

Sunday, January 21, 2007

Umat Islam Mesti Bersatu

Pokoknya tak kira apa taraf kita, apa yang kita sedang buat ketika ini mesej hari ini mengajak seluruh umat Islam bersatu minda, tenaga serta sumber atas kalimah La ila ha'illallah Muhammadar Rasulullah. Tidak kira samada solat kita betul, puasa kita cukup, zakat kita langsai ataupun sudah selesai mengerjakan haji. Perkara ini bukan sekadar suka-suka sebaliknya terlalu jelas sekali bahawasanya umat Islam terlalu kerdil meskipun hanya untuk mempertahankan diri. Kalau Amerika serang Iran kali ini atas nama apa sekalipun, bermakna masa untuk umat Islam bertindak mempertahankan aqidah sudah bermula.

Aku cuba fikir kenapa dan mengapa malapetaka yang sedang mengancam dunia datang sebegitu rupa. Dia menguji kita sebangsa seagama bukan sekali tetapi berkali-kali baik di Indonesia mahupun tempat kita di sini. Namun atas dasar keadilan untuk semua Dia juga menurunkan musibah kepada bangsa lain di Eropah dan Amerika seperti kesejukan dan kepanasan melampau. Ini adalah supaya umat Islam tidak merasa mereka dimangsakan sedangkan kaum kafirun, munafiqun, dan sebangsa mereka hidup aman damai dan selesa.

Kenapa Johor menjadi bahan uji kali ini, tidak Kelantan, Kedah ataupun Terengganu, bukan sekali tetapi setakat ini dah 2 kali, bukan sekejap tapi berhari-hari dan berminggu. Yang kena bukannya di Lembah Pantai ataupun Lembah Kinta tapi di Kota Tinggi (kota yang tinggi), Segamat (kawasan yang segar amat) dan juga Batu Pahat (sesuatu yang kukuh lagi diperindahkan). Johor juga di antara negeri yang mula sekali mendapat kemajuan dan mempunyai pemerintah yang mempunyai misi yang jauh ke hadapan mulai dari Temenggung Ibrahim (Sultan Ibrahim), Sultan Abu Bakar sehinggalah diperturunkan kepada menteri2 besar sebagai CEO. Malah tahun ini Tan Sri Muhamad Ali Hashim (senama dan se"bin" dengan bapak aku) bekas SUK Johor dan kini Pengerusi bermacam2 organisasi telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1428. Tahniah Tan Sri!

Johor juga adalah negeri pelarian Sultan Melaka terakhir sebelum anak cucunya berhijrah ke Perak untuk menyambung salsilah. Banyak boleh difikirkan kalu kita suka fikir di luar kotak. Kalau fikir ikut buku, hafal apa yang dah orang lain tulis seposen pun tak guna. Berbalik kepada kisah banjir dua kali ni, aku mahu berfikir bahawa Allah Ta'ala hendak memberitahu kita bahawa harta-benda itu tidak penting. Kalau Aku mahu beri Aku beri, dan kalau Aku mahu ambil Aku ambil. Kun Fa Yakun!!! Aku nak pesan kat orang politik khususnya, janganlah mempolitikkan ujian dan musibah ini. Bila Allah Ta'ala kata Kun Fa Yakun tu maknanya Kun Fa Yakun lah... tak kira tempat tinggi ka, tempat kukuh ka, tempat indah ka, Aceh ka, Yogjakarta ka, Sulawesi ka.... Ini semua tempat umat Islam... Kalau banjir itu berlaku di Kuala Krai atau Kota Bharu hatta Dhaka sekalipun orang tak hairan.. dan kita pun tak perlu hairan. Ini ujian... jadi sekali lagi nak pesan kat orang politik mahupun kalau ada pembaca yang berjiwa politik bahawa tiada kena mengena antara Kelantan dan Johor maksudnya siapa yang pegang teraju.

Kalau harta-benda itu tak penting, habis apa yang penting? Saya pun tak ada jawapan. Pertama saya fikir umat Islam kena selesai masalah dalam rumah masing2 dulu. Kalau kita berpegang hanya kepada 2 kalimah syahadah dan buat sementara melupakan kita ini menelusuri laluan ibadah melalui cabang atau mazhab apa sekalipun samada Syafie, Maliki, Hambali, Hanafi ataupun Syi'ah maka tidak akan ada lagi pertumpahan dari sesama kita. Barat khususnya Amerika dan Britain memang suka mengapi-apikan perbezaan, mengungkit dan menyemarakkan dendam sesama untuk mudah divide and conquer (atau rule). Tak perlu kita pertikai pengikut mana yang masuk syurga sebab kita tak tahu pun samaada kita ni disukai dan dikasihi Allah. Kun Fa Yakun!! Tugas kita adalah mempercayai dan berkeyakinan sepenuh hati bahawa Dia lah di hati, Dia lah maha Pencipta, Dia lah maha Berkuasa atas segala-galanya di alam ini (Lil lah hirab bil 'alamin) dan bila kita kata Muhammad itu pesuruh atau RasulNya maka kita menyakini atas kandungan dan tafsiran kitab yang dibawanya (al Quran/al Furqan) serta segala yang sahih tentang sunnah yang pernah dilakukan, ditakrir atau dimaklumkan oleh beliau dan didengari serta dicatatkan dengan jelas oleh para sahabatnya mahupun tabi'in atau tabi' tabi'in.

Jadi apa yang dilengahkan lagi... ayuh bangunlah bersedialah...

Akhir kata CSBA signoff pagi ini dengan kata2 Good Luck my fellow muslims. I am going off to Kem PLKN Paya Indah untuk melawat anak and lepas tu nak jadi tukang repair toilet sebelum refurbish dengan new tiles... Owww.