Sunday, February 25, 2007

Return of The Jedi

Aiseyman, hari ini terasa nak menulis balik selepas hampir sebulan menyepikan diri dari alam siber. Sebenarnya aku tulis ni untuk aku baca sendiri saja... macam online diary. Kat mana aku pi pun boleh baca meskipun aku tak bawa notebook. Bila sebut pasal notebook tiba2 aku teringat yang aku kena beli notebook baru kat Miza anak aku nombor dua... Lisa (No. 3) kat MRSM Transkrian dah mewarisi Fujitsu S6110 untuk pakai autocad untuk subjek rekacipta yang dia enrol untuk SPM tahun ni manakala kak Nani (No. 1) kat UPM tu dah pun sebat C2521. Kat rumah dah ada 3 desktop plus 1 Apple iMac yang aku bawa opis hari2. Pikir2kan balik banyak jugak aku perabihkan duit... Tak pe lah, janji hepi dah ler!

Tadi aku baru lepas main pool. Regu aku ngan Azwan telah menang rubber game mengatasi Dato' Nasir-Azhar team. So sweet... untuk lepaskan tension. End result 5-4. So this week banyak good news yang mengalirkan adrenalin aku dengan lebih sempurna. Aku punya favorite team Liverpool menang versus Barcelona begitu juga dengan Sheffield United. U lama aku Memphis now Top 7 ranking NCAA basketball in USA Div I manakala Findlay tempat aku buat English now No. 3 in Div II. Aku suka follow all these untuk menceriakan kehidupan. The only game that has not been able to revive my apetite ialah team bola Malaysia. Aku harap satu hari nanti kita haramkan saja orang main bola kat Malaysia ni. Sekupang pun tak guna.

Akhir kalam, CSBA signoff pagi ni dengan wassalam....