Tuesday, October 29, 2013

Post-Mortem Pemilihan Kepimpinan UMNO Parit Buntar 2013

Tarikh 19 Oktober 2013 telah pun berlalu. Ramai juga telah terlupa apa yang berlaku pada hari itu. Dan ramai juga sudah jangka apa bakal berlaku pada hari itu sehingga membawa ke hari ini untuk 3 tahun lagi. Aku pun begitu, hanya memandang ringan dan tidakpun terluka atau berduka dengan pilihan para perwakilan, malah ketika pengumuman keputusan sedang dibuat, aku sebenarnya sedang nyenyak tidur di rumah sementelah tidak memperdulikan apapun keputusannya. Cuma ada 0.5% di hati aku, andai aku menang terbuta, maka segala amanah mesti aku pikul dan laksanakan.

2. Maka mantan tuan setiausaha bahagian (SUB) pun menang lah dengan undian 223 berbanding dengan temanku Jamal Nasir Othman dengan 198. Selebihnya itu undi akulah dari kurang lebih 500 perwakilan; aku pun tak sempat menukarkan nombor 3 kepada 03 kerna kartu cetakanku tersilap. Dan ku kira semua undi batal adalah undi aku sebab saudara-maraku yang ada di dewan itu melebihi 200 orang. Dan yang lagi menarik, ramai yang menegurku tidak pernah menjangka bahwa namaku RASHID, sebaliknya lebih mereka kenali sebagai ISMAIL atau MAIL. Hahaha...padan muka aku. Sebenarnya akupun tak ingin menang sebab diketahui yang diatas itu Melayu Orthdox mana bisa bekerjasama denganku dengan Anglo-American style of management atau pengurusan.

3. American style of management ini adalah kaedah pengurusan yes or no and nothing in-between. No grey areas, ia adalah lebih saintifik dari seni. Tidak perlu terlalu menjaga hati, tetapi lebih mengutamakan penyelesaian dan perlaksanaan. Anglo atau English style of management terlalu berprotokol dan malu2 kucing...terlalu menghormati, atau berpura2 menghormati. Aku sadur kedua2 kaedah itu namun aku meletakkan kaedah Quran dan Sunnah di depanku sebelum ku ambil apa2 tindakan. Di Amerika, tiada Dato', Tan Sri, Sir, Duke untuk dihormati; yang ada cuma Mr, Ms, Maam dan sebagainya termasuk Mr Barrack Obama, setaraf dgn aku. Di Malaysia ni kaedahnya setaraf dengan Negara2 Afrika saja.

4. Ke mana halatuju aku terkini? Puas aku memikirkan sejak beberapa hari yang lalu, namun jawabannya tetap sama. Aku tidak boleh terus kekal bersama UMNO meskipun namaku tetap tersenarai dalam pengkalan data di PWTC. Serasakan aku malu kepada diri sendiri jika aku terus menjunjung UMNO sedangkan hati ku tidak lagi berda di situ. Namun biar masa mengadili keputusanku. Aku sudah menjadi ahli jemaah kepada PERKASA; namun aku ingin mengahlikan diri dalam satu atau dua lagi jemaah NGO yang berpaksikan Islam dan/atau Melayu agar tidur ku lebih lena.

5. Apa yang hilang dalam UMNO? Telahanku memaksa memberitahu bahwa golongan MUDA menjadi mangsa kerakusan sebahagian dari karenah dan sifat2 mazmumah mereka yang berada di atas. UMNO tidak lagi dimiliki oleh golongan marhaen pertengahan dan di bawah; sebaliknya ia terus didominasi oleh golongan elitis, anak-beranak mereka serta suku-sakat dan taliburit berkaitan mereka. Dalam pergerakan pemuda saja, saf2nya dibarisi oleh golongan datuk atau anak2 datuk ataupun menantu-menatang datuk. Tiada encik dalam majlis tertinggi malah ada 3 menteri anak bekas perdana menteri dan 1 menteri menantu bekas perdana menteri. mereka ini bukan semuanya bijak dan bukan semuanya berhati-perut. Bukan dengki bukan iri tapi antara perasan dan tak perasan cuba bandingkan keputusan SPM antara MRSM dengan MCKK dan TKC. MCKK/TKC dulu dan sekarang jauh berbeda sbb dikabarkan intake setiap tahun di barisi oleh 30-40% anak ex-boy atau ex-girl selebihnya adalah diperuntukkan kepada anak orka dan mereka yg diluar yg bernasib baik...itu lah intipati UMNO.

6. OKlah...sampai setakat ini dulu...

CSBA Signoff dengan berlapang dada...

Sunday, October 6, 2013

MENJADI CALON TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN PARIT BUNTAR BUAT KALI PERTAMA...

Itu lah aku, hakikatnya ini lah julung2 kali aku masuk ke pesta pemilihan pemimpin UMNO. Ini adalah testing ground bagi aku untuk menilai kebarangkalian calon UMNO yang akan mewakili Barisan Nasional akan menang pada PRU 14 yang akan datang. Andai aku yang menang TKB keadaan mungkin berbeza sebab aku tidak mempergunakan sebarang senjata lama yang telah ditelan zaman. Begitu juga aku ingin menilai sifat dan sikap orang UMNO kontemporari kini samada minda masih terlekat sindrom zaman langkau atau terubah sudah dengan memenangi hati semua umat melayu dan islam dan bukat sekerat-kerat.

2.  Laman inilah temanku yang paling setia untukku ungkapkan segala di minda. Asalnya aku tidakpun serius untuk bertanding namun setelah galakan demi galakan ku terima dari para rakan maka aku buat keputusan untuk mencuba dalam masa yang sama memasarkan keupayaan ku untuk kembali berbakti ke tempat asal usulku.
Kini ku dapati laluannya bukan mudah malah berliku2. Dari persaingan 3-penjuru, aku dapati akulah yang paling tercorot sekali kerana akulah satu2 manusia yang paling ideal. Ideal pada prinsip dan idea kepada perlaksanaan.

3.  Aku sebenarnya, pada asalnya, seorang yang amat pemalu...sukar sekali untuk mengungkapkan kata2 terutama perihal peribadi siapa diriku. Tapi kali ini aku terpaksa berubah dan mengubah pendekatanku. Jika aku seperti sebelum2 ini, maka perubahan ini membuat aku lebih extrovert dari introvert. Walaubagaimanapun aku tidak mahu kekal begitu, lebih baik digabung-jalin menjadi lebih sederhana.

4. Hari ini ada pertemuan dengan calon naib-presiden Datuk Hishammudin Hussein; dalam suasana keramaian aku berkesempatan bertemu dengan calon no.2 TKB, saudara Jamal Nasir Othman -- sempat pula bergambar. Tak de bende, aku pun tak punya sebab untuk bermusuh dengan siapa2. Kalah atau menang adalah adat petandingan; kiranya aku tewas dengan teruk sekalipun, aku tetap tidak terkilan.

5.  Salam dulu and signoff.

CSBA 06 OCT 2013

Tuesday, July 2, 2013

Dalam Erti Katanya

Menelusuri hidup menjengah separuh abad, ku kira cuma ada kurang lebih 13 tahun selayaknya aku berada atas muka bumi ini. Lebih dari itu adalah bonus dan andai kurang dari itu adalah biasa; kuasa hanya di tangan Allah subha nahu wa Taala. Adakala aku tertanya apakah tugas dan tanggungjawab aku telah jelas tergalas ataukah masih ada yang belum aku langsaikan.

Aku pun tidak tahu. Ibu dan bapaku telah lama tiada maka aku tidak lagi perlu menafkahkan sepertimana mereka ada dulu. Lima cahaya mataku; 1 sudah berkeluarga dan memberi aku seorang cucu, 3 di menara gading hanya menantikan saat2 bergraduasi manakala si kecil berusia 11+ tahun itu akan melalui ujian UPSR 10-12 September 2013. Memang dia anak yang pintar sejak dari kecil dan aku menjangkakan dia tidak sukar untuk mendapat 5A sebagaimana keempat-empat kakaknya.

Tahun depan dalam bulan Jun, In shaa Allah Miza akan bergelar Dr Nurul Hamiza sebaik bergraduasi dari National University of Ireland at Galway (NUIG) di Republic of Ireland. Liana pula telah siapkan program Diploma Perakaunan dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan akan menyambungkan pengajian peringkat Ijazah Pertama mulai bulan November ini. Lisa pula sedang belayar dengan tenang dalam Kejuruteraan Awam dengan Gred Purata 3.87 selama 4 semester berturut2. Aku tahu dia sangat bijak tetapi tersalah memilih haluan dan menjadi harapan Dekan dan Ketua Jabatan semasa menuntut di Universiti Malaya dalam bidang Seni Bina (Architecture). Bagi aku bidang arkitektur ni senang tetapi kerja2 berkaitannya saja yang menyusahkan. Lantas aku membenarkan dia menukar haluan kerna biaya terlalu mahal berbanding dengan kursus lain. Banyak mini-projects, lawatan-sambil-belajar dalam negara dan dalam negara. Selain aku terpaksa membiayai penerbangan ke Bali, Bandung dan Dubai; secara purata aku harus biaya kurang lebih RM700-00 sebulan manakala biaya PTPTN habis gitu saja untuk UM. Memang tak berbaloi. Berdasar pengetahuanku, selepas bergraduat nanti belum tentu ade keje.



Now, come back to me. Adakah tugas aku sudah selesai dan apakah langkah ku seterusnya?

csba signoff
02072013@21:35hours

Monday, June 17, 2013

TELAHANKU -- KEPUTUSAN PRU13

Meskipun aku hanyalah seorang petani, aku masih mempunyai masa untuk membuat penulisan yang ku rasa mungkin bernilai apakala aku sudah tiada di mukabumi ini. Aku telah terlalu lama terperuk di dalam ruang berpendingin hawa -- 28 tahun dari tahun 1985. Selepas mengurangkan masaku sebagai seorang jurutera elektrik telekomunikasi yang bertauliah sejak lulus cemerlang di University of Memphis (Memphis State University) Amerika Syarikat dan aku rasa banyak sudah kejayaan profesional yang aku perolehi sepanjang perjalanan kerjaya, kini aku ingin berjaya sebagai seorang petani, penternak dan peladang.

2. Tentang Percaya: Aku tidak tahu kepada siapa lagi harus aku percaya; nampaknya hanya kepada Allah subhanahu wa Ta'ala saja.

Semangat Nusantara Seharusnya Di Dahulukan

Kekadang mungkin peminat sinetron dan cerekarama tidak terperasan ada persamaan antara keduanya. Yang jelasnya soundtrack atau runut-bunyi yang dipergunakan adalah hampir sama. Malah kalau di telek-belek lirik2 lagu terkini yang menjadi hits di negara kita sudah berani dan selamba menggunakan kosa-kata sahabat seberang. Antara yang boleh saya kutip adalah bisa, kerna, karena, (un)tuk, (ke)pingin, beda, tlah dsb. Sekarang ia menjadi biasa dan sedap pula didengarin.

Andai tulisan yang lalu menyebutkan tentang BBC atau BCL kali ini kita ungkapkan pula tentang pola kekebangsaan pasca PRU13. Aku memilih untuk menjadi optimis tentang siapa boleh menang. Kerna apa? Kerna bangsaku lebih besar populasinya jika dicampurkan dengan kurang-lebih 260 juta saudara sedarah denganku. Tak perlu bergabung tetapi boleh dipermudahkan...kalau dulu saudara kita ini ke sini dengan bot pancung kita ubah dengan feri yang lebih ciri2 keselamatan. Ramai graduan2 universitas di sana yang belum bekerja dan andai berkantor sekalipun pulangan terlalu kecil berbanding di sini.

Manakala ramai juga badang2 dan ibu2 yang baik tidak mendapat tugasan dan pulangan yang setimpal hingga terpaksa menjadi pengamen (ngemis). Di samping itu ramai juga anak2 polos dan mulus dari pengajian pesantren boleh juga ke sini. Mungkin mempermudahkan perkahwinan antara dua negara tanpa proses keluar masuk membaharui; meskipun sebagai isteri ke-2, ke-3, ke-4, ataupun yang pertama. Marina Mahathir dan Ashraf Sinclair telahpun memberikan contoh yang baik. Kalau nak tambah pengundi cara begini adalah yang paling mudah. Mengikut teman baik lewat kunjungan ke JKT tempohari, anak2 didikan pesantren kebanyakkan amat setia, menurut kata, boleh dididik selain polos.

Setakat itu dahulu sebelum aku diserang sang Isteri -- Hajah Faridah Abdullah

Singning-off but please listen to my son who wants a Ferrari for him one right day!


Friday, May 24, 2013

BBC -- Apa langkah seterusnya?

Aku tidak menjangka pertemuan dand bisikan oleh seorang sahabat baharu sejurus sebelum waktu Juma'at tadi masih bermain di minda dan terngiang-ngiang di telingaku. Aku sebenernya udah jemu dan mual dengan cerita2 politik. namun yang ini kira berbeda, ngak pantas aku biairin berlalu begitu aja. teman itu berbisik bahawa BBC seharusnya diangkat pada setiap minggu walau sepatah ayat di atas mihrab bersama para khotib seluru Malaya dan Melaysia Timur pada anggaran 10ribu mesgid nescaya JIHAD EKONOMI muslim akan berjaya dan kita akan berjaya 100 persen selepas 270 kali diperdengarkan dalam 5 tahun yang akan datang. aku pikir ia bisa berjaya dan bisa membina empayar saudagar muslim sekali lagi. kita tidak mencari jauh -- hanya satu kejiranan sahaja.\

Dan aku juga pikirin aku ini punyai banyak darah INDONESIA. aku bangga berdarah bugis, aceh, minang, banjar dan sedikit batak. dan tercampur dengan darah kedah merong mahawangsa. bayangkan kalau aku ini hidup 200 tahun yang lalu mungkin beribu2 manusia yang menentang aku dan bangsaku telah ku kuburkan. namun kelahiran selepas 2 hari Malaysia ditubuhkan, peluang sebegitu sudah tidak wujud lagi; sekarang sudah ada mahkamah, polis, askar dan sebagainya -- dulu mungkin hanya ada bupati, pak penghulu yang boleh ditipu hidup2.

Berbalik kepada BBC, jalannya amat jelas -- Melayu Muslim SeBangsa SeAgama hanya sepelaung jauhnya atau hanya 2 jam pertemuan dua kota KUL-JKT. Aduh aku rasa sungguh aneh namun pingin jua mau lihat penyatuan bisnes dua negara ini bagi tujuan halallan-thoyibban untuk memasuki tekak usus dan seterusnya keluar melalui rektum. Dan darahnya juga 100 persen halallan-thoyibban.

Ah, setakat itu dulu, aku mau minggir dulu.
//rashidali...dengarin nyanyian anak kesayanganku ini TEGAR!

Tuesday, April 9, 2013

UMNO Tidak Boleh Goyah, BN Tidak Boleh Rebah

"Arab Spring" tiada persamaan langsung dengan susun-atur pentadbiran Malaysia. Begitu juga "gangguan Lahad Datu" tiada persamaan dengan gangguan di tempat lain. Arab Spring adalah akibat "individual overstay"; Muammar Ghadafi - Libya (40+ tahun), Hosni Mubarak - Mesir/Egypt (30+ tahun), Ali Abdullah Saleh - Yemen (30+ tahun), Zine al Abedine ben Ali - Tunisia (20+ tahun) manakala Syria diusik atas dasar Dinasti dari Hafez Al Assad yang mengakui keturunan Rasulullah. Akibat keterlanjuran kuasa maka wujudlah ciri2 autokratik yang merosakkan dan terubahlah demo-krasi menjadi demo-crazy. Malaysia tidak begitu kerana dalam tempoh 56 tahun kemerdekaan, kita sudah ada 6 orang PM pada kadar purata kurang dari 10 tahun seorang. Tun Dr M walaubagaimanapun ada "exceptional" kerana beliau adalah seorang yang "extra-ordinary" iaitu seorang yang "ordinary" tetapi sanggup bersusah-payah mendisplinkan diri beliau untuk walk extra-mile, think extra hard, give extra love, pragmatik dan highly pro-active.

Cuma kat Malaysia ni kira-kira pelik adalah kewujudan menteri besar yang mengaku diri ulama' tapi dah terlalu ganyut dan uzur serta nyanyuk -- tetap nak stay within power corridor. Fact: lahir 10-01-31, umur semasa - 82, overstay in power - 23+ tahun. If he is 32, 42, or 52 is fine but 82 simply not fine because he is not Dr M; he is only an Indian graduates in Arabic Studies ... i guess his intellectual basics and credentials perhaps only 10% of what Dr M has...considering the similar era they were in. Don't ask me why? I do not know what and how things were assessed in the 1940's, 1950's, or 1960's. But what i do know in the 70's, 80's and 90's, brilliant and smart ones are streamed into learning science subjects that allows them to become doctors, engineers, architects, accountants etc and the lesser ones went into arts stream that allows them to become government officers, teachers, typical politician, you name it. Science students have the options to move into traditionally arts careers but not otherwise. So you may want to judge the intellectual-ability on each and every one. I've personally tried; when I had to study electrical engineering in one of the universities in the USA, to get a "Magna Cum Laude" it wasn't an easy affair throughout the four-years but to get a 3.70 in a lesser calculative-analytic environment it was just a breeze and in-fact beating full-timers and book-worms. In addition when I took a diploma in Islamic Studies, I had only 1B and the rest are As beating a few mudirs and number of x-Al Azhar dropouts (3rd and 4th years). That B was really a catch as it was the 1st paper I took after many years and of course I wasn't able to properly allocate sufficient time for each of the question; i end up spent more time for less intricate questions. Guess what -- a top student in three different subject matters in institutions in different countries. Not trying to angkat bakul but as an engineer or scientist, proof is needed in order to disarray the hypothesis. Afterall 1st hand info is the most reliable information. Turning data to information then turning information into knowledge and finally turning knowledge into wisdom and convert tacit into explicit knowledge.

Lets look back at the proposed title...what the heck UMNO and BN got to do with the content. Yes, it does relate. My analysis is things will never be the same again if new regime takes over. It would not be a good aftermath particularly for the Muslims and the Malays just like Iraq, Libya, Egypt, Tunisia, Yemen and Syria. By the way if you are a Muslim reader and have been to Makkatul Mukarramah whether performed Hajj or Umrah please note down. Kaabah ada 4 penjuru; penjuru Iraqi, penjuru Syammi, penjuru Yamani dan penjuru Hajarul Aswad. Penjuru bermaksud arah dari titik tengah dalam binaan Kaabah melalui penjuru ke arah sebuah tempat. Dua dah tumbang (Iraq dan Yaman), satu masih bergolak (Syam - Syria). Yang tinggal cuma satu iaitu Penjuru Hajarul Aswad yang tepat mengarahkan ke Nusantara/Malaysia.
Sekarang ini PRU13 is just around the corner and it reminds me of 1999 and 2008 PRU12 where aggressions were rampant and UMNO and penyokong menjadi mangsa atau victims terutama semasa penamaan calon dan hari mengundi; pada ketika pengiraan undi pun macam susah nak bernafas meskipun pada ketika itu aku cuma bertugas sebagai pemungut khemah BN di setiap peti undi di parlimen P054. Aku dan teman hampir dipukul oleh penyokong parti lawan yang bertindak seolah2 negara ni depa saja yang empunya. Bila melihat situasi di KK baru2 ini di mana pemuda BN dipukul dan 5 buah motor dirosakkan, aku jangka pada PRU13 keadaan akan lebih sengit lagi. Namun aku sudah 5 tahun lebih tua dan kudrat tidak sama lagi seperti masa2 lalu. Tetapi sayangku kepada agama, bangsa, dan negaraku tetap jitu.
Katakan semua ini benar2 akan berlaku, apakah BN/UMNO/Komponen sudah punyai masterplan untuk tone-down the aggressions dari puak PR. apakah pemuda dan puteri sudah ready untuk bertindakbalas serta gerak dalam bentuk pro-aktif dan offensif. a battle is a battle, a war is a war but the war is a collective nouns of battles in 222 parliamentary constituencies and 528 state seats. saya menyeru supaya "at-all-effort", BN/UMNO/Komponen sudah patut berada di gear 3 pada ketika ini dan henjut ke gear 6 (pakai step-tronics or tip-tronics) sebaik pembubaran Parlimen/DUN, pra penamaan calon, hari penamaan calon, tempoh berkempen, hari mengundi, masa pengiraan undi di peti undi (ini penting-walaupun peti undi 50/50), masa penjumlahan undi, masa istihar menang-kalah sampai esoknya tak kira menang atau kalah. perang sampai muktamad, kalu cabut pokok cabut sekali dengan akar2nya...jangan tinggal walaupun seutas akar. boleh guna qisas; darah dibayar darah, nyawa dibayar nyawa, tumbuk dibalas tumbuk, penampar lawan penampar, penerajang lawan flying-kick. isk3 kalau i am only 30 i would want to volunteer to be the leader of the leaders. setakat kopiah putih baju mata satu aku sekeh biar terpelanting sebatu!!!

Ooops...buat umno khususnya jangan lupa peranan perkasa, pekida, jati dan lain2 organisasi sahabat. bagi makan cukup2 sampai puas, jika tidak jadi cam pru12 bilamana pembangkang ambil kesempatan awal sedangkan umno/bn menongkah arus lari sambil berundur...

Kalau rajin fikirlah wahai umat sebangsa dan seagamaku.

Got to sign off for my lunch.
rashidali 21032013@13:46pm re-release on 09042013 from Memories Made in Heaven

KONSEP NEGARA TAMAN - Taman Dalam Kampong dan Kampong dalam Taman

Konsep negara taman telah diwar2kan oleh Jabatan Lanskap Negara, manakala konsep Malaysia Green and Clean telah dimajukan oleh Kementerian Pelancongan.

Dua kementerian berbeza kerana JLN adalah agensi di bawah KPKT. Mungkin satu jawatankuasa pemandu atau "steering committee" telahpun ditubuhkan bagi memastikan segala objektif dapat dicapai. Rasanya bukan setakat itu saja; agensi2 di bawah MoA, Sumber Asli, MOSTI dan pihak PBT juga dapat memainkan peranan yang lebih berkesan.


Negara Taman bukan hanya setakat KLCC, Putrajaya dan lain2 bandar besar. Bila bercakap mengenai negara maju menjelang 2020 ia harus meliputi seluruh inci tanahair termasuk lubuk2 kampung terpencil. Ianya juga bukan hanya berkata2 mengenai infrastruktur; kerana infrastruktur sahaja tidak membawa apa2 makna jika tiada pemerkasaan nilai2 murni dan pembudayaan semula tentang keindahan di mana2 sepertimana yang wujud di negara2 yang telah maju.

Tugas2 tersebut tidak seharusnya dibebankan kepada pemerintah sahaja tetapi partipasi setiap individu; bottom-up untuk membetulkan keadaan, merasa malu jika sekira kawasan kediaman tidak indah, malu dengan sikap bermalas-malasan dan berdolak-dalik serta menuding jari. Ciri2 masa lalu seperti budaya gotong-royong harus dihidupkan semula manakala idea transformasi boleh di-outsourcekan kepada pakar lanskap. Laluan air mesti juga bersih, setiap longkang dan parit harus dibersihkan secara berkala; sampah-sarap yang menyekat laluan harus diubah ke kawasan yang bersesuaian.

Siapa yang boleh membantu menjadi agen dan katalis bagi memastikan ramai yang tahu apa yang berlaku di mana2 seluruh negara. Ermmm....my1@groTV dan my1@groFM.

Cukup takat di sini dulu...need to sign-off
rashidali 09042013@2149hours v2 -- re-release from Memories Made in Heaven

NEGARA MAJU MENYEMPURNAKAN KEHIDUPAN

Amat bijak sekali minda manusia bernama Mahathir bin Mohamad. Orang biasa mungkin nampak nombor 2020 sebagai tahun yang kalau dihitung kurang lebih ada 6 tahun lebih dari sekarang. Namun pada analisa seorang doktor mata 20/20, 10/10, atau 6/6 adalah kejituan deria penglihatan, tiada kabur dekat atau jauh, tiada silau meaning your sight or vision is perfectos!!!

Pada pagi yang indah dan insyaAllah harinya pun kan indah ini, aku ingin memperkatakan tentang minda negara maju. Paling penting adalah ciri2 kehidupan manusia yang tinggal di negara maju. Sebelum itu izinkan aku pilih senarai negara2 maju, negara suam kuku, dan negara tak maju maju walaupun tamaddun awal bermula di situ. Ok, negara maju yang pernah aku singgahi; Amerika Syarikat (4.5 tahun), United Kingdom (1.5 tahun), Canada (2 wks), Perancis (1 wk), Germany (1 wk), Jepun (1 wk), Singapura (countless), Hong Kong (2 wks), Belanda (1 wk). Yang belum singgah adalah Ozzie and NZ plus few more. Then yang tak maju maju adalah seluruh benua Arab dan Afrika. Malaysia kategori suam2 kuku...work in progress.

Tapi apapun aku nampak Malaysia ada masalah selagi ada makhluk kaki putar alam (globe-trotters) spin agama untuk tujuan politik and furthermore mengambil contoh "arab spring" untuk main lompat2 atas tilam dreamland. Tak ke bendul namanya sebab ikut contoh negara yang ada duit tapi bazirkan buat kereta bertatah berlian, lepas tu macam orang buat joke (no pun intended) mengenai isi neraka dan siapa di sana; dikatakan dalam ramai2 adalah yang sudah habis tempoh pembalasan dan sedia keluar untuk masuk ke syurga. Malangnya tiada seorang pun yang dapat keluar; sebab dekat nak sampai tebing kawah, ada yang pakat2 tarik kaki nak ikut juga pi syurga. Last2 sapa pun tak tutuh apa!

Negara maju manusianya berusaha untuk memajukan diri tanpa sentimen negatif. Dunia yang dikejar akhirat juga diperolehi sekali. Negara maju hakikatnya bersih dan indah, tidak kira di mana sekalipun malah di seluruh ceruk rantau selagi manusia ke situ ataupun mendirikan habitat baharu. Negara maju takut kepada rasuah, malah jika ada sekalipun ia adalah kes-kes yang terpencil. Negara maju kakitangannya tidak mudah korup dan hidup melebihi kemampuan atau pendapatan. Dalam kes Malaysia ramai yang menganggap orang politik atau pemimpin politik korup sedangkan ramai yang tidak tahu si korup dan kurap tu adalah pejawat awam yang tewas kepada para kontraktor dan pembekal. Jadi selagi perkara ini tidak ditangani sesiapapun yang membentuk kerajaan akan menghadapi situasi dan helah yang sama. So jika anda kata Barisan Nasional korup dan gagal bendung rasuah, anda salah! Yang perlu ditekan kepada semua adalah tentang hakikat beragama; berusahalah mencari rezeki yang halal, di mana saja anda bekerja. Mahu hidup dalam negara maju, minda anda mesti maju. Jangan jadi penipu kelas satu waima anda seorang hakim, ketua setiausaha negara, ketua polis negara, KSU2, Ketua2 Pengarah seterusnya sehinggalah tukang cuci tandas.

Minda manusia negara maju tidak memenangkan perbahasan dengan caci-maki, fitnah dan adu domba. Persaingan politik hanya berlaku dengan hujah2 yang bernas tanpa putar dan belit. Persaingan politik jugak bukan atas dasar borong habis; menjual pegangan agama pada peringkat yang nilainya sepuluh sen cuma.

So let's look at ourselves now. Argumen yang dibentang tanpa kualiti, memudaratkan orang lain serta mengelirukan. Setiap satu jari ditunjuk, 4 lagi menghala ke diri sini.

Just so sad to see stupidostos politician still around barking everywhere like a mad dog.

me signing off
rashidali 09042013@1117hours


Monday, April 8, 2013

MY OLD PROFILE

Lumu IX
LumuIX adalah nama pena yang pernah digunakan satu ketika dulu. Rashid Ali (Haji Mohd Rashid bin Haji Mat Ali) adalah nama sebenar anak kelahiran Sungai Betul Atas, Tanjong Piandang, Perak, MALAYSIA. Mendapat didikan dalam bidang kejuruteraan elektrik dari University of Memphis (Memphis State) USA, Sarjana Sains Sistem Digital dari Brunel University, Uxbridge UK serta Sarjana Sains Pengurusan Maklumat dari UiTM, Shah Alam. Juga lulusan Diploma Pengajian Islam dari Islamic Science Institute. Pernah mendapat anugerah Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) dari DYMM Sultan Perak pada tahun 2003. Mungkin ada di antara catatan minda yang berguna.
 
Gambar Pilihan

signoff...

TENTANG POLITIK SEKETIKA

Aku bukanlah seorang yang hyper-active dalam hal ehwal politik ni. Pun begitu aku tetap mengambil tahu dan mindaku tetap jua prihatin tentang apa yang berlaku di sekelilingku.

2. Aku telah memilih UMNO sebagai wadah sejak 1990. Aku bukan pejuang, aku hanyalah pewaris. Hari ini aku semakin dingin dengan kenderaan ini namun tidaklah sampai membakar jambatan dan melompat ke kapal2 yang lain. Aku sebenarnya malu menjadi ketua cawangan UMNO tempat aku dilahirkan ini. Sedang Najib Razak beria-ia memperkatakan tentang janji yang ditepati, aku dimalukan oleh UMNO Bahagian Parit Buntar kerana merekalah segala janji dimungkiri sehinggakan tiada apa yang kelihatan bertambah baik sejak aku mengambil alih pada 2010.

3. Yang paling celakanya, segalanya bermula selepas 22 Oktober 2011 yakni selepas kematian arwah Dato' Abdul Raman Suliman. Hingga ke hari ini bermula tarikh mesyuarat cawangan 2010 aku belum nampak gelanggang badminton/takraw buat budak2 dan anak2 remaja bersantai dan berekreasi. Aku juga tidak nampak lampu jalan yang dipohon untuk lokasi2 penting bagi mencegah jenayah. Tiada juga lawatan2 sambil belajar yang dipohon oleh para wanita yang bekerja keras untuk UMNO hampir sepanjang masa. Dalam kata lain mesyuarat cawangan UMNO di sini boleh dikategorikan sebagai mesyuarat main2 atau mesyuarat makan2.

4. Apa ertinya aku sebagai ketua cawangan andainya program2 bahagian tidak pernah aku hadir; bukan kerana tidak mahu atau malas tetapi langsung tidak dimaklum mana kan pula nak dijemput. Ini pun berlaku sejak 22-10-2011. Aku tak tahu siapa yang keparat; telunjuk lurus kelingking berkait. Aku pun tak tahu siapa yang takut kepada aku; tapi bagi aku orang2 itu takut kepada bayang2 sendiri.

5. Mula2 sekali aku ingin meneka bahawa keparat pertama bernama Mohd Salleh bin Disa; aku lulusan luar negara dalam bidang kejuruteraan ada double masters dan 1 diploma pengajian Islam dan aku juga seorang petani yang mengusahakan 4.4hektar sawah. Si mangkok ni masa menang DUN n.09 pru11 dia adalah lulusan stp/hsc. La ni ada ijazah...ijazah dari OUM, ye lah OUM yang syllabusnya setaraf SPM lebih sikit,,,PODAH, jangan perasan hebat! Apa yang kau takuti, aku tak pernah impi kerusi KETUA BAHAGIAN yang hang dok pangku la ni tu...pinggan tak retak nasi tak dingin!!! Hang nak pegang sampai mati pun aku tak heran. Dalam bajet aku lah, kalau nama hang kena calit lagi sekali, aku rasa peluang hang menang dalam 30%. So peganglah kerusi KETUA BAHAGIAN tu kuat2 jangan sampai terlepas, mungkin pru14 nanti dahi kena calit lagi...hehehe

6. Yang ke dua bernama Abu Bakar Mat Ali; nama bapa serupa tapi tidak ada kena mengena samada hidup atau mati. Aku tak tahu what is it that he is against me; maybe takut aku angkat jadi calon n.08 terus jadi EXCO pastu lekat Dato'. Mungkin gak sebab Zambry tu kawan aku dari zaman sekolah hinggalah dia ke Celdes dan InMind sebelum jadi wakil rakyat mulai 2004. Banyak gak aku tolong dia walaupun dia tak perasan sangat. Maklumlah mamak masa bawah cuci kasut naik atas tampar kepala. (no punt intended)

7. Abdullah Saleh, setiausaha merangkap pemantau parlimen p.057. Former hospital attendant and pegawai khas arwah Dato' Raman. You have the wrong enemy daaa!!! I doubt if you can be one-on-one with me. What? Think of becoming YB, forget it because you may look like a fool and equal of Mahfuz Omar.

8. So bottomline I want someone name Zambry bin Abdul Kadir and Mohd Najib bin Abdul Razak to read those above statements; it is the inside works that create insults. It is about the intention to portray that someone doesn't do his job well enough or doesn't want to participate in programmes organized by UMNO. It is a total-shutdown that could be the poison; rasanya macam nak muntah kahak hijau dah.

9.  Good luck BN in PRU13; for PB kindly take very good look at you...yes at you, meaning go and watch yourselves at the mirror. Lanciau laaa...

got to sign-off for lunch
rashidali 08042013@1243hours

Saturday, April 6, 2013

MENGINTAI SEBUAH NEGARA MAJU MENJELANG 2020

Wawasan 2020 yang dinukil dan diisytiharkan oleh DrM lebih 2 dekad yang lalu hanya tinggal kurang dari 7 tahun dari hari ini. Banyak definisi diungkapkan samada firmware, software, OS, dan hardwarenya sekali; semunya betul namun bagi saya cuma kurang lengkap. Tapi siapa yang simpan check-list dan QC nya?

Saya tidak mahu menulis tentang pandangan dan pendapat orang lain; biar saya pena kan cetusan minda saya dahulu. Bagi saya, pengembaraan menuju negara yang betul2 maju masih jauh namun tidak terlalu jauh. Malaysia sudah ada berbagai infrastrukturnya atau hardware; dari sudut pembangunan fizikal ianya adalah berada di tahap yang terbaik. Berbagai senireka, arkitektur, dan kejuruteraan mustahil (impossible engineering made possible) telah siap, wip, dan dalam rancangan pembinaan; dan ianya tidak lagi bertumpu di Kuala Lumpur, JB, dan Georgetown.

Sekali imbas tiada apa yang kurang; tapi sebenarnya ada!!! Lihat di bawah:


Negara taman; bersih dan indah. Dari desa ke kota. Penduduk hidup aman-damai, kasih mengasihi, hormat menghormati. Taat perintah Allah, suka bantu-membantu, and the list goes on.

Signing off as taking off to the paddy field.
rashidali 06042013@0652hours

Friday, April 5, 2013

BIG DREAM CONTINUES

Parlimen Malaysia telah dibubarkan secara rasminya pada 3hb April 2013 menandakan genapnya 4 tahun negara kita Malaysia di urustadbir oleh seorang insan yang bernama Mohd Najib bin Abdul Razak. Bijak dia memilih tarikh untuk membubarkan institusi penting negara yang itu; andainya ada pemikir analitik dan result oriented, barangkali tarikh tersebut dapat dijangkakan. Justeru saya percaya DS Najib bukan percaya bomoh -- sama seperti saya. Metafizik boleh percaya, alam ghaib wajib percaya, tapi alam bomoh letaklah ke tepi. Matematiknya senang; cukup 4 tahun aku bubarlah -- tidak kurang dan tidak sehari lebih. Macam kita ambil periksa kalau diberi 2 setengah jam, jawapannya 2 setengah jam. Kalau habis awal tidor lah, kalau tak cukup masa padan muka lah...sama seperti sesuatu yang bergelar projek, ada time-line dan ada period of time; kalau habis awal bagus, kalau lewat confirm kena LAD atau liquidated damages.

Bila parlimen dah bubar, orangramai tanya pulak bila nak pilihanraya? Sebut bab pilihanraya dan calon pilihan ni sebenarnya sikit pun aku tak kisah dah. Masuk kali ini dah 4 kali nama aku masuk senarai, untuk pru13 biodata aku dah diambil dari tahun 2009 selepas DS Najib masuk pejabat PM. Tahun 1999 kali pertama masuk, masa tu zaman Dr M, namun aku dikatakan second-fiddle sebab penentangnya Dato' Hasan Ali. So lawan yang sesuai adalah arwah Dato' Raman Suliman. Tahun 2004 paling best; aku diberitahu nama aku terselit nomor wahid bagi calon parlimen p.057 dan Dato' Raman masuk calon DUN n.08 Titi Serong. Rupanya pengerusi perhubungan negeri tak selesa bila Tok Man masuk DUN maka jadi multi-politicking. Dua2 gone bilamana Datuk Hamid Zainal Abidin jadi calon payong terjun. Lingkup duit dan tenaga aku pi mai pi mai kl-pb-kl selama beberapa tahun. Lepas tu datang lah sekor mangkuk ayun dari tasik gelugur/kepala batas jumpa kami di bilik gerakan bagitau pak lah mintak maaf banyak2 sebab dia tak ada pilihan; dato hamid tu orang bagan datoh, duduk di bandar tun hussein onn cheras. minta kerusi zahid nak cari mampos kat cheras lak kerusi tradisi MCA. memang sah lah aku bukan orang politik. So untuk makluman pembaca, i never dream to become a politician. An it is not a lie.

Now, what my big Dream is like? I dream of having smart farmers throughout the country. I also want to see smart and brave fishermen who catch fishes far far away off the shore and bring home quality and quantity to help the poor and the rich. Smart livestock and ranch operators are also needed. Thus, my dream is to become a catalyst, bridge, liaison, knowledge converter, you name it!

Sorry, I need to sign off for friday prayer.
rashidali 04042013@1204hours

Sunday, March 31, 2013

THE BIG DREAM...

The big dream again...I guess many have their special very own dream. Somehow my dream has always alongside of things related to audio-visual things and things that benefit the public particularly the poors, malays, muslims, rural folks, farmers etc.


My first big dream came in 1997/98. I bought an Olympus 1.3megapixels at a cost of nearing rm4k from FotoKem@MidValley. My intention then was non-else than to capture as much digital pictures of internal and external of majority of the mosques all around our beloved country. Things took about 6months to complete from compilation to writing proposal and binding for the view of the Minister of Religious Affairs, late Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman who was incidently my ex-neighbor at Taman Tenaga, Puchong. 

There was a grand design to having all mosques equipped with AV equipment plus PLASMAs/LCDs and Projectors. Intention was simple, thru my research earlier on, the effectiveness of knowledge dissemination via audio alone and audio-visual is 20:80; textual info on visual can only go to roughly 40%, therefore in the Fridays' Khutbah probability of message streaming into jemaahs' mind shall shoot up to nearly 90%. If that the case, then if the jemaahs go home and tell their wives of the knowledge they just got, at least the probability of getting the message across is 0.18 or 18% which is almost similar to what the khatib said back at the mosque moment ago. My calculation was simple if we have 52 weeks of Fridays and 2 days of Hari-Rayas, we stand the chance to garner 54 new knowledges that could propel us muslims to a higher altitude.

I also do believe that similar setup can also be applicable in Masjidil-Haram and Masjid Nabawi; the only difference is PLASMAs/LCDs/Projectors should project khutbah of different languages that would ease the comprehension of people of mother-tongue other than ARABs. You said we want perpaduan or cohesiveness among us at world stage so this is the right place where millions of delelegates from all over the world get to convene at one place. Of course that was only my personal vision; like wanting to have the khutbah's package distributed electronically via one source, JAKIM.

With due respect to Tan Sri, I didn't choose to hand-over the copy at his house (Taman Tenaga) altho we sometimes speak to each other during intermission of Maghrib and Isyak. I chose to visit him at his office at 4th floor PM Department but somehow he had another engagement elsewhere. Then I saw a figure I recognised, Dato' Othman Desa (I call him ustaz), he was the Setpol of Tan Sri and he was also my former immediate neighbor when I was in Taman Delima, Cheras (near Bukit Anggerik and Alam Damai). So I pass-over the document to him without hesitation. Few moon later, he jumped the ship and move into Pak Lah territory also as Setpol, senior I guess. Perhap he knows in advance that Tan Sri would lose his Sik-constituency the SHIT writer in 1999.

Now a few moon later also, my friend Engineer Helmi Zakaria aka Cikaro VP of Celcom call me for a discussion at De Palma Ampang. I wasn't too excited if having to travel from Puchong for a cup of coffee. I'd read my stock-piled books or spent time gardening. But I was conviced by him someone important and powerful want our advice and promise to give us some financial opportunity if it succeeds.

Guess what? The man I met was Datuk Dr Abdul Razak Omar from Yayasan Nurul Yaqeen (now some minister setpol). You know what, he didn't know that the proposal he was trying to buy us into was mine, originally mine. So I took a detour, excuse for clearing of bowels and went off without saying good-bye. Personally I hate cheaters!!!

I will countinue in the next chapter.
 

Got to sign-off already
rashidali 31032012@0135hours

Thursday, March 28, 2013

my1@groChannel is my own Lampiasan Minda

Yes, I have been an engineer since 1985 but I have been a paddy planter since I was six or seven. Now, and for the last four or five years, I started turning back and gearing towards becoming a full-time farmer (paddy, palm, and lembu-kambing).

Yes, since last one year it has started lingering my mind why not we share our knowledge with each other and together we make more money and make our kampongs productive, beautiful, rich and well known.

Then, gradually I penned down thru the power-points and by 3Q12 my proposed items are done dan timbullah my1@groChannel di persada merangkumi my1@groTV, my1@groFM dan www.my1AgroChannel.com.my. I was interested to give the stuff to Menteri Pertanian dan Perniagaan Asas Tani (MoA), malangnya saya tidak mendapat peluang untuk mendapat appointment dari beliau. Kemudian saya ambil keputusan untuk jumpa teman lama zaman persekolahan, YB Datuk Fadillah Yusof TM MOSTI di lobi parlimen. Lepas tu maka berjalanlah perbincangan kecil-kecilan dengan pegawai MOSTI untuk mencuba dapatkan geran yang bersesuaian.

Selepas itu saya juga menghubungi teman lama di Sime Darby dan Inter Alya iaitu Datuk Kamaludin Abdullah Badawi kalau2 dapat berjumpa ayahnya namun pada ketika itu mereka rupanya di tanah suci mengerjakan Umrah. So, saya delay dulu walaupun diberitahu mereka akan kembali ke tanah air pada awal Januari.


Tunggu punya tunggu timbul pulak 1M4U, saya ingatkan untuk semua rupanya hanya buat mereka yang 40 tahun ke bawah. Malangnya saya sudah silap mengelak mulut rimau masuk mulut buaya, soft-copy telah sampai ke TV3 bukan Pejabat PM. Hushhhh...TV3 memang terkenal tukar kulit ganti kulit. Maka habislah myBigDream!!!

Tapi arnab tak berhenti berusaha walaupun terpaksa berpanas dan berhujan. I will succeed with my1@groTV someday, because I know each and every stuff I wrote plus I also know each and every key stakeholders and potential advertisers. Wish me luck!

Got to sign-off
rashidali 28032013@2129hours