Dan aku juga pikirin aku ini punyai banyak darah INDONESIA. aku bangga berdarah bugis, aceh, minang, banjar dan sedikit batak. dan tercampur dengan darah kedah merong mahawangsa. bayangkan kalau aku ini hidup 200 tahun yang lalu mungkin beribu2 manusia yang menentang aku dan bangsaku telah ku kuburkan. namun kelahiran selepas 2 hari Malaysia ditubuhkan, peluang sebegitu sudah tidak wujud lagi; sekarang sudah ada mahkamah, polis, askar dan sebagainya -- dulu mungkin hanya ada bupati, pak penghulu yang boleh ditipu hidup2.
Berbalik kepada BBC, jalannya amat jelas -- Melayu Muslim SeBangsa SeAgama hanya sepelaung jauhnya atau hanya 2 jam pertemuan dua kota KUL-JKT. Aduh aku rasa sungguh aneh namun pingin jua mau lihat penyatuan bisnes dua negara ini bagi tujuan halallan-thoyibban untuk memasuki tekak usus dan seterusnya keluar melalui rektum. Dan darahnya juga 100 persen halallan-thoyibban.
Ah, setakat itu dulu, aku mau minggir dulu.