Tuesday, July 2, 2013

Dalam Erti Katanya

Menelusuri hidup menjengah separuh abad, ku kira cuma ada kurang lebih 13 tahun selayaknya aku berada atas muka bumi ini. Lebih dari itu adalah bonus dan andai kurang dari itu adalah biasa; kuasa hanya di tangan Allah subha nahu wa Taala. Adakala aku tertanya apakah tugas dan tanggungjawab aku telah jelas tergalas ataukah masih ada yang belum aku langsaikan.

Aku pun tidak tahu. Ibu dan bapaku telah lama tiada maka aku tidak lagi perlu menafkahkan sepertimana mereka ada dulu. Lima cahaya mataku; 1 sudah berkeluarga dan memberi aku seorang cucu, 3 di menara gading hanya menantikan saat2 bergraduasi manakala si kecil berusia 11+ tahun itu akan melalui ujian UPSR 10-12 September 2013. Memang dia anak yang pintar sejak dari kecil dan aku menjangkakan dia tidak sukar untuk mendapat 5A sebagaimana keempat-empat kakaknya.

Tahun depan dalam bulan Jun, In shaa Allah Miza akan bergelar Dr Nurul Hamiza sebaik bergraduasi dari National University of Ireland at Galway (NUIG) di Republic of Ireland. Liana pula telah siapkan program Diploma Perakaunan dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan akan menyambungkan pengajian peringkat Ijazah Pertama mulai bulan November ini. Lisa pula sedang belayar dengan tenang dalam Kejuruteraan Awam dengan Gred Purata 3.87 selama 4 semester berturut2. Aku tahu dia sangat bijak tetapi tersalah memilih haluan dan menjadi harapan Dekan dan Ketua Jabatan semasa menuntut di Universiti Malaya dalam bidang Seni Bina (Architecture). Bagi aku bidang arkitektur ni senang tetapi kerja2 berkaitannya saja yang menyusahkan. Lantas aku membenarkan dia menukar haluan kerna biaya terlalu mahal berbanding dengan kursus lain. Banyak mini-projects, lawatan-sambil-belajar dalam negara dan dalam negara. Selain aku terpaksa membiayai penerbangan ke Bali, Bandung dan Dubai; secara purata aku harus biaya kurang lebih RM700-00 sebulan manakala biaya PTPTN habis gitu saja untuk UM. Memang tak berbaloi. Berdasar pengetahuanku, selepas bergraduat nanti belum tentu ade keje.



Now, come back to me. Adakah tugas aku sudah selesai dan apakah langkah ku seterusnya?

csba signoff
02072013@21:35hours