Friday, April 5, 2013

BIG DREAM CONTINUES

Parlimen Malaysia telah dibubarkan secara rasminya pada 3hb April 2013 menandakan genapnya 4 tahun negara kita Malaysia di urustadbir oleh seorang insan yang bernama Mohd Najib bin Abdul Razak. Bijak dia memilih tarikh untuk membubarkan institusi penting negara yang itu; andainya ada pemikir analitik dan result oriented, barangkali tarikh tersebut dapat dijangkakan. Justeru saya percaya DS Najib bukan percaya bomoh -- sama seperti saya. Metafizik boleh percaya, alam ghaib wajib percaya, tapi alam bomoh letaklah ke tepi. Matematiknya senang; cukup 4 tahun aku bubarlah -- tidak kurang dan tidak sehari lebih. Macam kita ambil periksa kalau diberi 2 setengah jam, jawapannya 2 setengah jam. Kalau habis awal tidor lah, kalau tak cukup masa padan muka lah...sama seperti sesuatu yang bergelar projek, ada time-line dan ada period of time; kalau habis awal bagus, kalau lewat confirm kena LAD atau liquidated damages.

Bila parlimen dah bubar, orangramai tanya pulak bila nak pilihanraya? Sebut bab pilihanraya dan calon pilihan ni sebenarnya sikit pun aku tak kisah dah. Masuk kali ini dah 4 kali nama aku masuk senarai, untuk pru13 biodata aku dah diambil dari tahun 2009 selepas DS Najib masuk pejabat PM. Tahun 1999 kali pertama masuk, masa tu zaman Dr M, namun aku dikatakan second-fiddle sebab penentangnya Dato' Hasan Ali. So lawan yang sesuai adalah arwah Dato' Raman Suliman. Tahun 2004 paling best; aku diberitahu nama aku terselit nomor wahid bagi calon parlimen p.057 dan Dato' Raman masuk calon DUN n.08 Titi Serong. Rupanya pengerusi perhubungan negeri tak selesa bila Tok Man masuk DUN maka jadi multi-politicking. Dua2 gone bilamana Datuk Hamid Zainal Abidin jadi calon payong terjun. Lingkup duit dan tenaga aku pi mai pi mai kl-pb-kl selama beberapa tahun. Lepas tu datang lah sekor mangkuk ayun dari tasik gelugur/kepala batas jumpa kami di bilik gerakan bagitau pak lah mintak maaf banyak2 sebab dia tak ada pilihan; dato hamid tu orang bagan datoh, duduk di bandar tun hussein onn cheras. minta kerusi zahid nak cari mampos kat cheras lak kerusi tradisi MCA. memang sah lah aku bukan orang politik. So untuk makluman pembaca, i never dream to become a politician. An it is not a lie.

Now, what my big Dream is like? I dream of having smart farmers throughout the country. I also want to see smart and brave fishermen who catch fishes far far away off the shore and bring home quality and quantity to help the poor and the rich. Smart livestock and ranch operators are also needed. Thus, my dream is to become a catalyst, bridge, liaison, knowledge converter, you name it!

Sorry, I need to sign off for friday prayer.
rashidali 04042013@1204hours

No comments: