Konsep
negara taman telah diwar2kan oleh Jabatan Lanskap Negara, manakala
konsep Malaysia Green and Clean telah dimajukan oleh Kementerian
Pelancongan.
Dua kementerian berbeza kerana JLN adalah agensi di bawah KPKT. Mungkin
satu jawatankuasa pemandu atau "steering committee" telahpun ditubuhkan
bagi memastikan segala objektif dapat dicapai. Rasanya bukan setakat itu
saja; agensi2 di bawah MoA, Sumber Asli, MOSTI dan pihak PBT juga dapat
memainkan peranan yang lebih berkesan.
Negara Taman bukan hanya setakat KLCC, Putrajaya dan lain2 bandar besar.
Bila bercakap mengenai negara maju menjelang 2020 ia harus meliputi
seluruh inci tanahair termasuk lubuk2 kampung terpencil. Ianya juga
bukan hanya berkata2 mengenai infrastruktur; kerana infrastruktur sahaja
tidak membawa apa2 makna jika tiada pemerkasaan nilai2 murni dan
pembudayaan semula tentang keindahan di mana2 sepertimana yang wujud di
negara2 yang telah maju.
Tugas2 tersebut tidak seharusnya dibebankan kepada pemerintah sahaja
tetapi partipasi setiap individu; bottom-up untuk membetulkan keadaan,
merasa malu jika sekira kawasan kediaman tidak indah, malu dengan sikap
bermalas-malasan dan berdolak-dalik serta menuding jari. Ciri2 masa lalu
seperti budaya gotong-royong harus dihidupkan semula manakala idea
transformasi boleh di-outsourcekan kepada pakar lanskap. Laluan air
mesti juga bersih, setiap longkang dan parit harus dibersihkan secara
berkala; sampah-sarap yang menyekat laluan harus diubah ke kawasan yang
bersesuaian.
Siapa yang boleh membantu menjadi agen dan katalis bagi memastikan ramai
yang tahu apa yang berlaku di mana2 seluruh negara. Ermmm....my1@groTV
dan my1@groFM.
Cukup takat di sini dulu...need to sign-off
rashidali 09042013@2149hours v2 -- re-release from Memories Made in Heaven
No comments:
Post a Comment