Monday, June 17, 2013

Semangat Nusantara Seharusnya Di Dahulukan

Kekadang mungkin peminat sinetron dan cerekarama tidak terperasan ada persamaan antara keduanya. Yang jelasnya soundtrack atau runut-bunyi yang dipergunakan adalah hampir sama. Malah kalau di telek-belek lirik2 lagu terkini yang menjadi hits di negara kita sudah berani dan selamba menggunakan kosa-kata sahabat seberang. Antara yang boleh saya kutip adalah bisa, kerna, karena, (un)tuk, (ke)pingin, beda, tlah dsb. Sekarang ia menjadi biasa dan sedap pula didengarin.

Andai tulisan yang lalu menyebutkan tentang BBC atau BCL kali ini kita ungkapkan pula tentang pola kekebangsaan pasca PRU13. Aku memilih untuk menjadi optimis tentang siapa boleh menang. Kerna apa? Kerna bangsaku lebih besar populasinya jika dicampurkan dengan kurang-lebih 260 juta saudara sedarah denganku. Tak perlu bergabung tetapi boleh dipermudahkan...kalau dulu saudara kita ini ke sini dengan bot pancung kita ubah dengan feri yang lebih ciri2 keselamatan. Ramai graduan2 universitas di sana yang belum bekerja dan andai berkantor sekalipun pulangan terlalu kecil berbanding di sini.

Manakala ramai juga badang2 dan ibu2 yang baik tidak mendapat tugasan dan pulangan yang setimpal hingga terpaksa menjadi pengamen (ngemis). Di samping itu ramai juga anak2 polos dan mulus dari pengajian pesantren boleh juga ke sini. Mungkin mempermudahkan perkahwinan antara dua negara tanpa proses keluar masuk membaharui; meskipun sebagai isteri ke-2, ke-3, ke-4, ataupun yang pertama. Marina Mahathir dan Ashraf Sinclair telahpun memberikan contoh yang baik. Kalau nak tambah pengundi cara begini adalah yang paling mudah. Mengikut teman baik lewat kunjungan ke JKT tempohari, anak2 didikan pesantren kebanyakkan amat setia, menurut kata, boleh dididik selain polos.

Setakat itu dahulu sebelum aku diserang sang Isteri -- Hajah Faridah Abdullah

Singning-off but please listen to my son who wants a Ferrari for him one right day!


No comments: