Sunday, October 6, 2013

MENJADI CALON TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN PARIT BUNTAR BUAT KALI PERTAMA...

Itu lah aku, hakikatnya ini lah julung2 kali aku masuk ke pesta pemilihan pemimpin UMNO. Ini adalah testing ground bagi aku untuk menilai kebarangkalian calon UMNO yang akan mewakili Barisan Nasional akan menang pada PRU 14 yang akan datang. Andai aku yang menang TKB keadaan mungkin berbeza sebab aku tidak mempergunakan sebarang senjata lama yang telah ditelan zaman. Begitu juga aku ingin menilai sifat dan sikap orang UMNO kontemporari kini samada minda masih terlekat sindrom zaman langkau atau terubah sudah dengan memenangi hati semua umat melayu dan islam dan bukat sekerat-kerat.

2.  Laman inilah temanku yang paling setia untukku ungkapkan segala di minda. Asalnya aku tidakpun serius untuk bertanding namun setelah galakan demi galakan ku terima dari para rakan maka aku buat keputusan untuk mencuba dalam masa yang sama memasarkan keupayaan ku untuk kembali berbakti ke tempat asal usulku.
Kini ku dapati laluannya bukan mudah malah berliku2. Dari persaingan 3-penjuru, aku dapati akulah yang paling tercorot sekali kerana akulah satu2 manusia yang paling ideal. Ideal pada prinsip dan idea kepada perlaksanaan.

3.  Aku sebenarnya, pada asalnya, seorang yang amat pemalu...sukar sekali untuk mengungkapkan kata2 terutama perihal peribadi siapa diriku. Tapi kali ini aku terpaksa berubah dan mengubah pendekatanku. Jika aku seperti sebelum2 ini, maka perubahan ini membuat aku lebih extrovert dari introvert. Walaubagaimanapun aku tidak mahu kekal begitu, lebih baik digabung-jalin menjadi lebih sederhana.

4. Hari ini ada pertemuan dengan calon naib-presiden Datuk Hishammudin Hussein; dalam suasana keramaian aku berkesempatan bertemu dengan calon no.2 TKB, saudara Jamal Nasir Othman -- sempat pula bergambar. Tak de bende, aku pun tak punya sebab untuk bermusuh dengan siapa2. Kalah atau menang adalah adat petandingan; kiranya aku tewas dengan teruk sekalipun, aku tetap tidak terkilan.

5.  Salam dulu and signoff.

CSBA 06 OCT 2013

No comments: