Tuesday, October 29, 2013

Post-Mortem Pemilihan Kepimpinan UMNO Parit Buntar 2013

Tarikh 19 Oktober 2013 telah pun berlalu. Ramai juga telah terlupa apa yang berlaku pada hari itu. Dan ramai juga sudah jangka apa bakal berlaku pada hari itu sehingga membawa ke hari ini untuk 3 tahun lagi. Aku pun begitu, hanya memandang ringan dan tidakpun terluka atau berduka dengan pilihan para perwakilan, malah ketika pengumuman keputusan sedang dibuat, aku sebenarnya sedang nyenyak tidur di rumah sementelah tidak memperdulikan apapun keputusannya. Cuma ada 0.5% di hati aku, andai aku menang terbuta, maka segala amanah mesti aku pikul dan laksanakan.

2. Maka mantan tuan setiausaha bahagian (SUB) pun menang lah dengan undian 223 berbanding dengan temanku Jamal Nasir Othman dengan 198. Selebihnya itu undi akulah dari kurang lebih 500 perwakilan; aku pun tak sempat menukarkan nombor 3 kepada 03 kerna kartu cetakanku tersilap. Dan ku kira semua undi batal adalah undi aku sebab saudara-maraku yang ada di dewan itu melebihi 200 orang. Dan yang lagi menarik, ramai yang menegurku tidak pernah menjangka bahwa namaku RASHID, sebaliknya lebih mereka kenali sebagai ISMAIL atau MAIL. Hahaha...padan muka aku. Sebenarnya akupun tak ingin menang sebab diketahui yang diatas itu Melayu Orthdox mana bisa bekerjasama denganku dengan Anglo-American style of management atau pengurusan.

3. American style of management ini adalah kaedah pengurusan yes or no and nothing in-between. No grey areas, ia adalah lebih saintifik dari seni. Tidak perlu terlalu menjaga hati, tetapi lebih mengutamakan penyelesaian dan perlaksanaan. Anglo atau English style of management terlalu berprotokol dan malu2 kucing...terlalu menghormati, atau berpura2 menghormati. Aku sadur kedua2 kaedah itu namun aku meletakkan kaedah Quran dan Sunnah di depanku sebelum ku ambil apa2 tindakan. Di Amerika, tiada Dato', Tan Sri, Sir, Duke untuk dihormati; yang ada cuma Mr, Ms, Maam dan sebagainya termasuk Mr Barrack Obama, setaraf dgn aku. Di Malaysia ni kaedahnya setaraf dengan Negara2 Afrika saja.

4. Ke mana halatuju aku terkini? Puas aku memikirkan sejak beberapa hari yang lalu, namun jawabannya tetap sama. Aku tidak boleh terus kekal bersama UMNO meskipun namaku tetap tersenarai dalam pengkalan data di PWTC. Serasakan aku malu kepada diri sendiri jika aku terus menjunjung UMNO sedangkan hati ku tidak lagi berda di situ. Namun biar masa mengadili keputusanku. Aku sudah menjadi ahli jemaah kepada PERKASA; namun aku ingin mengahlikan diri dalam satu atau dua lagi jemaah NGO yang berpaksikan Islam dan/atau Melayu agar tidur ku lebih lena.

5. Apa yang hilang dalam UMNO? Telahanku memaksa memberitahu bahwa golongan MUDA menjadi mangsa kerakusan sebahagian dari karenah dan sifat2 mazmumah mereka yang berada di atas. UMNO tidak lagi dimiliki oleh golongan marhaen pertengahan dan di bawah; sebaliknya ia terus didominasi oleh golongan elitis, anak-beranak mereka serta suku-sakat dan taliburit berkaitan mereka. Dalam pergerakan pemuda saja, saf2nya dibarisi oleh golongan datuk atau anak2 datuk ataupun menantu-menatang datuk. Tiada encik dalam majlis tertinggi malah ada 3 menteri anak bekas perdana menteri dan 1 menteri menantu bekas perdana menteri. mereka ini bukan semuanya bijak dan bukan semuanya berhati-perut. Bukan dengki bukan iri tapi antara perasan dan tak perasan cuba bandingkan keputusan SPM antara MRSM dengan MCKK dan TKC. MCKK/TKC dulu dan sekarang jauh berbeda sbb dikabarkan intake setiap tahun di barisi oleh 30-40% anak ex-boy atau ex-girl selebihnya adalah diperuntukkan kepada anak orka dan mereka yg diluar yg bernasib baik...itu lah intipati UMNO.

6. OKlah...sampai setakat ini dulu...

CSBA Signoff dengan berlapang dada...

No comments: