Thursday, January 18, 2007

Check Point

Entah mengapa sehari dua ini aku terasa terlalu kerdil. Pelbagai persoalan bermain di minda berkaitan apa yang berlaku di situ, di sana dan di sini. Aku kesian melihat Saddam Hussin di korbankan, aku terkedu mendengarkan kepala Barzan al Tikriti tepacul dari badan, aku sayu melihat secara dekat mangsa2 banjir di Johor dan aku turut terharu dan sedih atas kepergian ninda saudara, migran dari Banjarmasin yang berusia 88 tahun kerahmatullah dan segala-gala yang berlaku di sekelilingku.

Kekerdilan ini kekadang memberi satu sumber keinsafan betapa kita ini tidak penting bagi maha Pencipta yang maha Berkuasa tapi Dia teramat penting bagi kita memohon petunjuk jalan ke hadapan. Apa ertinya kita menghina orang lain, menipu, melakukan opresi, sombong, bongkak, memiliki banyak wang ringgit, rumah dan harta benda sebesar alam kerana akhirnya kita akan bersemadi di dalam tanah.

Dan musim haji 2006-07 bakal berlalu dengan ketibaan 1 Muharram. Haji banyak dikaitkan dengan pengorbanan dalam pelbagai bentuk. Dengan ujian dan dugaan demi dugaan yang telah Allah Taala berikan kepada kita dalam beberapa kita ini, rasanya banyak lagi pengorbanan yang perlu kita lakukan terutama berkaitan dengan hawa nafsu.

Akhirkata CSBA signoff pula dengan kata2 mudah2an berjaya. Amiiin.

No comments: