Selepas solat subuh tadi, tetiba hati aku terdetik sekali lagi betapa indahnya dunia kalau semua manusia berebut-rebut melakukan kebaikan tak kira siang dan malam. Dalam pada itu kasih-sayang bertaburan di serata dunia dan seluruh pelusuk alam. Tidak ada perasaan dengki dan iri hati. Semua pemerintah dunia bekerja keras mencukupkan keperluan untuk semua penduduk dunia. Or tak perlu lagi pemerintah tetapi operasi dunia berjalan dengan sendiri di mana setiap seorang manusia tahu atas tugas dan tanggungjawabnya. World by itself only commanded by the Almighty.....
Dunia bergolak kerana ada manusia ingin memerintah dan mahukan dunia berjalan mengikut citarasanya serta para kroninya. Kalau manusia tahu hidup dunianya hanya sementara seperti melalui sebuah tingkap tentu dia tidak akan membuat onar. Kenapalah orang bodoh macam Bush tu beria-ia sangat jadi Presiden yang akhirnya senang dibentuk oleh manusia hipokrit sekelilingnya. Malang juga kalau ketua terlalu cerdik macam Saddam sebab kesudahannya tidak lagi ada manusia cerdik yang boleh ganti bila dia dah tak ada. Aku ingat lagi 2 atau 3 generasi lagi barulah Iraq akan menemui pemimpin baru yang mampu menyatukan Iraq.
Crossover... kena stop kat sini and CSBA sign-off with lagu "Imagine" dari Beatles....
No comments:
Post a Comment