Friday, January 19, 2007

Diari Jumaat

Hari ini ada MCM kali terakhir di ofis. Monday, boss akan balik dari tanah suci setelah 35 hari berada di sana dan baton chairmanship akan diserahkan balik kepada YBhg Dato' Haji. Satu pengalaman yang menjaga sebuah syarikat yang sederhana saiznya selama lebih sebulan. Itu sekadar catatan.

Jumaat hari ini, aku belum pasti kat mana nak bersolat tengahari nanti. Mungkin Mutiara Damansara, Pencala, Taman Tun atau aku ke BTR.

Jumaat adalah hari mulia lagi suci yang dianugerahkan kepada umat Islam seminggu sekali. Kalau hariraya kita dapat hanya 2 kali setahun, jadi bermakna umat Islam berpeluang bertemu dan mendengar mandat, motivasi, ilmu dan apa saja sekurang2nya 54 kali setahun. Sudah 1400 tahun lebih kita bertemu dan jika dihitung tidak terkira banyaknya namun mengapa kita mesti tersepit lagi. Salah formula atau tidak ada formula atau kita mengambilkira pertemuan mingguan itu sekadar perlengkap jadual ataupun memastikan kita berada di atas batas batas rukun iman dan rukun Islam.

Apa yang berlaku di Iraq adalah sesuatu yang memerlukan kita berfikir, menganalisa, serta melaksanakan tindakan dan tanggungjawab dengan lebih positif supaya umat Islam tidak diperkotak-katikkan dengan sebegitu mudah. Ahlus Sunnah wal Jamaah (sunni) berperang dengan pengikut Syi'ah (shiite) sedangkan kedua-dua ini pada dasarnya mengucapkan La'ila haillallah dan mengakui bahawa Muhammad itu rasul dan pesuruhNya. Lain-lain cabang dan furuq menjadi kurang penting kalau rukun Islam yang pertama itu di"subscribe" dengan penuh ikhlas dan dihayati sepanjang masa. Malah satu-satunya dosa yang tidak diampunkan Allah Taala, jika tidak salah penilitian aku, adalah berkaitan dengan syirik atau menyekutukan Dia Maha Pencipta dengan apa saja yang lebih lemah dan tidak berkuasa daripadaNya. Sekarang ini macam mana? Di manakah pemikir kita yang mampu mentuntaskan gagasan supaya sumber umat Islam disatukan semula untuk membina kekuatan baru.

Kalau difikirkan sekali lalu, kewujudan Amerika Syarikat itu sendiri adalah sebuah gagasan Kristian Eropah kemudian dibaurkan dengan Yahudi yang kononnya mangsa "holocaust" selepas WW2. Migran Amerika sejak 1700+ adalah rata2nya dari Eropah; bukan satu negara tetapi hampir semua. Di sebelah utara kebanyakan dari kepulauan British, Selatan dari Perancis (begitu juga Quebec, CA) manakala sebelah Barat dan Barat Daya adalah dari Sepanyol. Partisipasi dari warga Itali, Greece, Romania, Belgium, negara2 Skandanivia dan lain2 juga dapat dilihat.

Bolehkah kita lakukan sesuatu seperti itu... meskipun sekadar negara "virtual"?

Sehingga ketemu lagi, maka CSBA signoff pagi ini dengan kata2 Amiiiiiin....

No comments: