Hari ini hari Sabtu bersamaan dengan 1 Muharram 1428 hijrah. Sambutan tahun baru dimulakan selepas Maghrib malam tadi dengan doa awal tahun. Mungkin tidak ramai antara kita yang terperasan muslim dan masihi bukan saja berbeza kalendar di mana muslim mengikut perhitungan qamari (bulan=29/30 hari) manakala masihi mengikut perhitungan syammi (mentari=28/29/30/31 hari) malah perkiraan tahun baru bermula selepas terbenam mentari masuk waktu maghrib dan bukannya selepas jam 12 tengah malam. Sebab itu lah takbir raya bermula selepas maghrib begitu juga tentang nama2 malam... malamnya pada hari Khamis dipanggil malam Jumaat manakala malamnya pada hari Isnin disebut malam Selasa.
Sememangnya hijrah bukan sekedar fizikal malah ia turut merangkumi mental, jiwa, hati dan segala2nya yang berkaitan dengan manusia dan alam dan hubungan intra dan inter antara mereka dan hubungan mereka dengan Allah subhanahu wa ta'ala.
Bagi aku, tahun ini adalah tahun yang dijangka akan ada perubahan yang paling signifikan setakat ini. Anak-anak semakin membesar, dua sudah berada dan memasuki menara gading, dua lagi akan mengambil SPM dan PMR selain yang bungsu masih di tadika untuk tahun ketiganya. Tahun ini juga usiaku menjengah 44 tahun menjelang September nanti. Isteriku sudahpun melewatinya awal Januari tadi. Pun begitu aku rasa masa berlalu begitu cepat sekali mengiringi aku ke usia yang semakin senja. Aku pun tidak tahu berapa lama lagi usiaku yang masih ada namun aku kira hanya sedikit saja lagi sisa yang tinggal.
Namun walau apapun yang bakal mendatang, aku berharap perubahan2 yang bakal berlaku nanti akan membawa kebaikan yang juga signifikan bagi diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.
Sehingga setakat ini CSBA signoff pula dengan kata2 Salam Maal Hijrah dan semoga seluruh umat Islam diberi segala kekuatan untuk bertahan atas segala ujian dan berupaya mengatasi musuh2 Islam secara mental, fizikal, spiritual, dan intelektual.
No comments:
Post a Comment