Kekadang aku terasa amat jemu dan bosan berbicara tentang politik dan para pelakonnya baik dalam negara mahupun pada peringkat global. Ia adalah seumpama bolasepak Malaysia baik peringkat kebangsaan malah tahap negeri sekalipun. Aku memang sah nak termuntah meskipun sekadara dengar orang bercerita... kalu ada live pun aku dan tak teringin nak tonton walau tv terbuka depan mata. Dulu aku memang gila habis dari zaman Stadium Merdeka hingga last sekali masa Matlan Marjan jaringkan 2 gol lawan England yang ada Gary Lineker. Terus terang aku dah jemu malah aku dah tak ambil tahu nama players pun. Mungkin ini juga gara-gara politik.
Politik yang aku bincang di sini bukan saja bab2 politik kenegaraan tapi merangkum segala perilaku yang hanya tersirat dan tidak pernah terang2an tersurat. Aku benci kepada hipokrit, sumpama munafik. Lain dicakap lain dibuat. In short berlakon sepanjang masa.
Hari ini temanku banyak bercerita tentang pengalamnya selama 35 hari di kota2 suci Islam tempohari. Meskipun banyak content yang dikabarkan aku tertarik dengan narrasinya mengenai sikap orang Arab yang pada hemat beliau memandang rendah kepada warga nusantara lebih2 lagi kaum hawa yang bertelekung putih diberi layanan kelas ketiga di sudut masjid Nabawi. Kalau aku punya komen pertama mudah tentu sekali aku ucapkan padan muka pada bangsa Arab yang kena diperkotak-katik sekarang. Aku simpati atas dasar agama tapi aku benci atas dasar sombong, berasa terlalu baik dan perasan umat terpilih. Bagi aku simple saja, Allah milik semua... sebab Allah yang cipta segala2nya. So regardless Makkah and Madinah tu terletak atas bumi Arab, orang Arab dan warga Saudi tidak boleh perasan bahawa mereka itu terlalu dekat dan dicintai Allah. Aku benci hipokrit Arab sendiri berdasarkan pengalaman sendiri musim haji 2000/01 di Maktab 80 Makkah bilamana aku melihat sendiri budak Arab print out gambar bogel dan turun tangga. Aku nampak secara kebetulan bila menoleh semasa berselisih ketika menaiki tangga yang tersebut. Sedang kita sibuk mencari keredaan di situlah juga terdapat onar dan keji. Aku makin tidak pasti. Jadi good luck to muslims kalau harap bangsa Arab, selain Rasulullah dan khulafa Ar-Rasyidin. I bet you...never!!! Sebab sombongnya,
Di Malaysia tidak kurang juga sombongnya orang Politik. Bermuka2, bila nak pilihanraya lembut gusi dari lidah punyalah nak raih undi untuk sambung kontrak. Masa ada power punya ampu dan buat segala2 bagai tuan punya pemilik alam. Bila hilang kuasa perasan nak jadi hero. Kenapa tak jadi hero masa berkuasa? Ini termasuk lah orang2 yang pernah aku minati seperti Anwar & kroni, Tok Det, Ruhani (yang aku baca gerbang), Hasan Ali, and the list goes on. Why can't you be yourself siang, malam, pagi, petang.. anytime konsisten? Sebenarnya senarai muntah aku sangat panjang termasuklah teman2 lama aku yang dah jadi Exco di Perak dan Kedah. Yang aku masih respek mungkin Dillah Petra Jaya. Yang lain2 YB aku makan sebelah meja pun aku tak berasa nak tegur. Sebab with or without you the world still goes on as it is....
Anyway hari ini CSBA signoff dengan penuh kebosanan.
No comments:
Post a Comment