Sunday, January 21, 2007

Umat Islam Mesti Bersatu

Pokoknya tak kira apa taraf kita, apa yang kita sedang buat ketika ini mesej hari ini mengajak seluruh umat Islam bersatu minda, tenaga serta sumber atas kalimah La ila ha'illallah Muhammadar Rasulullah. Tidak kira samada solat kita betul, puasa kita cukup, zakat kita langsai ataupun sudah selesai mengerjakan haji. Perkara ini bukan sekadar suka-suka sebaliknya terlalu jelas sekali bahawasanya umat Islam terlalu kerdil meskipun hanya untuk mempertahankan diri. Kalau Amerika serang Iran kali ini atas nama apa sekalipun, bermakna masa untuk umat Islam bertindak mempertahankan aqidah sudah bermula.

Aku cuba fikir kenapa dan mengapa malapetaka yang sedang mengancam dunia datang sebegitu rupa. Dia menguji kita sebangsa seagama bukan sekali tetapi berkali-kali baik di Indonesia mahupun tempat kita di sini. Namun atas dasar keadilan untuk semua Dia juga menurunkan musibah kepada bangsa lain di Eropah dan Amerika seperti kesejukan dan kepanasan melampau. Ini adalah supaya umat Islam tidak merasa mereka dimangsakan sedangkan kaum kafirun, munafiqun, dan sebangsa mereka hidup aman damai dan selesa.

Kenapa Johor menjadi bahan uji kali ini, tidak Kelantan, Kedah ataupun Terengganu, bukan sekali tetapi setakat ini dah 2 kali, bukan sekejap tapi berhari-hari dan berminggu. Yang kena bukannya di Lembah Pantai ataupun Lembah Kinta tapi di Kota Tinggi (kota yang tinggi), Segamat (kawasan yang segar amat) dan juga Batu Pahat (sesuatu yang kukuh lagi diperindahkan). Johor juga di antara negeri yang mula sekali mendapat kemajuan dan mempunyai pemerintah yang mempunyai misi yang jauh ke hadapan mulai dari Temenggung Ibrahim (Sultan Ibrahim), Sultan Abu Bakar sehinggalah diperturunkan kepada menteri2 besar sebagai CEO. Malah tahun ini Tan Sri Muhamad Ali Hashim (senama dan se"bin" dengan bapak aku) bekas SUK Johor dan kini Pengerusi bermacam2 organisasi telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1428. Tahniah Tan Sri!

Johor juga adalah negeri pelarian Sultan Melaka terakhir sebelum anak cucunya berhijrah ke Perak untuk menyambung salsilah. Banyak boleh difikirkan kalu kita suka fikir di luar kotak. Kalau fikir ikut buku, hafal apa yang dah orang lain tulis seposen pun tak guna. Berbalik kepada kisah banjir dua kali ni, aku mahu berfikir bahawa Allah Ta'ala hendak memberitahu kita bahawa harta-benda itu tidak penting. Kalau Aku mahu beri Aku beri, dan kalau Aku mahu ambil Aku ambil. Kun Fa Yakun!!! Aku nak pesan kat orang politik khususnya, janganlah mempolitikkan ujian dan musibah ini. Bila Allah Ta'ala kata Kun Fa Yakun tu maknanya Kun Fa Yakun lah... tak kira tempat tinggi ka, tempat kukuh ka, tempat indah ka, Aceh ka, Yogjakarta ka, Sulawesi ka.... Ini semua tempat umat Islam... Kalau banjir itu berlaku di Kuala Krai atau Kota Bharu hatta Dhaka sekalipun orang tak hairan.. dan kita pun tak perlu hairan. Ini ujian... jadi sekali lagi nak pesan kat orang politik mahupun kalau ada pembaca yang berjiwa politik bahawa tiada kena mengena antara Kelantan dan Johor maksudnya siapa yang pegang teraju.

Kalau harta-benda itu tak penting, habis apa yang penting? Saya pun tak ada jawapan. Pertama saya fikir umat Islam kena selesai masalah dalam rumah masing2 dulu. Kalau kita berpegang hanya kepada 2 kalimah syahadah dan buat sementara melupakan kita ini menelusuri laluan ibadah melalui cabang atau mazhab apa sekalipun samada Syafie, Maliki, Hambali, Hanafi ataupun Syi'ah maka tidak akan ada lagi pertumpahan dari sesama kita. Barat khususnya Amerika dan Britain memang suka mengapi-apikan perbezaan, mengungkit dan menyemarakkan dendam sesama untuk mudah divide and conquer (atau rule). Tak perlu kita pertikai pengikut mana yang masuk syurga sebab kita tak tahu pun samaada kita ni disukai dan dikasihi Allah. Kun Fa Yakun!! Tugas kita adalah mempercayai dan berkeyakinan sepenuh hati bahawa Dia lah di hati, Dia lah maha Pencipta, Dia lah maha Berkuasa atas segala-galanya di alam ini (Lil lah hirab bil 'alamin) dan bila kita kata Muhammad itu pesuruh atau RasulNya maka kita menyakini atas kandungan dan tafsiran kitab yang dibawanya (al Quran/al Furqan) serta segala yang sahih tentang sunnah yang pernah dilakukan, ditakrir atau dimaklumkan oleh beliau dan didengari serta dicatatkan dengan jelas oleh para sahabatnya mahupun tabi'in atau tabi' tabi'in.

Jadi apa yang dilengahkan lagi... ayuh bangunlah bersedialah...

Akhir kata CSBA signoff pagi ini dengan kata2 Good Luck my fellow muslims. I am going off to Kem PLKN Paya Indah untuk melawat anak and lepas tu nak jadi tukang repair toilet sebelum refurbish dengan new tiles... Owww.

No comments: